APPS PERCUMA TETAPI BAHAYA

Ekoran jumlah pengguna mudah alih yang semakin berkembang, bilangan aplikasi (apps) palsu juga tumbuh pada kadar yang membimbangkan.  Berdasarkan kepada satu kaji selidik yang dilakukan oleh Trend Micro terhadap 50 aplikasi teratas yang percuma di Google Play, hampir 80% sepadan dengan versi palsu pada sumber pihak ketiga.  Malah, 100% daripadanya dalam kategori widgets, media dan video serta kewangan memiliki versi palsu.

Apakah langkah bagi melindungi peranti mudah alih daripada ancaman seperti ini? Dinasihatkan pengguna memuat turun aplikasi hanya dari sumber yang bole dipercayai dan menggunakan aplikasi keselamatan mudah alih yang berwibawa seperti
Trend Micro Dr. Safety.  Ini mampu melindungi peranti mudah alih pengguna daripada menjadi sasaran mudah pelbagai aplikasi palsu yang memberi ancaman tersebut. Ciri ini menyekat pengguna daripada memuat turun aplikasi berniat jahat dan memberi perlindungan keselamatan mudah alih yang paling menyeluruh.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *