BINA KOD QR ANDA SENDIRI

Dunia semakin maju dan kehidupan pula memerlukan fasa kepantasan serta kelajuan yang semakin menghimpit.  Semua benda inginkan capaian di hujung jari, semua perkara memerlukan ciri ‘tuju dan akses’.  Seperti mana kod QR atau QR Code (Quick Response Code) cukup menggambarkan kegunaan kod matriks dua dimensi ini untuk capaian sesuatu yang lebih segera.  Laman web, teks, pesanan, URL atau apa jua semudah mengimbas kod QR dan pengguna bole mengakses maklumat yang dimahukan terus daripada peranti.

Selaras dengan saranan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) iaitu mengurangkan sentuhan fizikal dan sentiasa mengamalkan penjarakan fizikal, penggunaan kod QR adalah relevan dalam pelbagai urusan seperti berikut:

  • Laman web
  • Laman sosial seperti Facebook dan Instagram
  • Kad jemputan kahwin digital
  • Lokasi pejabat atau restoran
  • Menu restoran
  • Aplikasi pembayaran seperti TouchNGo, eWallet, Grabpay dan Boost

Pengguna telefon pintar samada android, ios, windows phone dan sebagainya boleh memasang aplikasi pengimbas kod QR yang ditawarkan secara percuma pada telefon mereka.  Setiap kali melihat kod QR, ia boleh diimbas untuk melihat mesej di sebaliknya.

Anda mampu mencipta sendiri kod QR secara dalam talian dengan mudah tanpa kerumitan dengan mengisi teks, URL, nombor telefon serta pesanan untuk ia ditukarkan kepada bentuk kod QR.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *